Masa yang Lalu

Duduk di halaman belakang rumah sambil menikmati alunan merdu nyanyian burung tekukur memang sangat tenang, ditemani dengan suasana matahari terbit di ufuk timur. Terasa seolah-olah telah berada di rumah Bangi. Namun demikian, pada realitinya jasad ini masih berada di bumi kangaroo menantikan masa untuk pulang ke Malaysia pada akhir bulan Disember.

Gambar hiasan
Teringat pada 3 tahun yang lepas, dalam perjalanan pulang ke kampung. Masa itu kami pulang dengan 2 kenderaan kerana kesemua adik-beradik termasuk mak ayah turut ikut bersama. Jadi terpaksa bawa dua kereta kerana tidak muat. Aku memandu kereta dan abangku menjadi kalendan, sementara mak ayah menyandar sahaja di kerusi belakang. Lagipun kami adik beradik biasanya akan berebut untuk memandu kerana semua sudah ada lesen, masing-masing ingin menunjukkan kehebatan memandu kereta dan siapa sampai dulu di kampung.
Masa itu memang suka bawa kereta laju, biasalah jiwa orang muda. Walaubagaimana pun mak pula jenis orang tidak suka kalau orang memandu laju melainkan ayah sendiri yang bawa kereta sebab sudah yakin dengan kemahiran pemanduan yang abah miliki. Jadi setiap kali dalam lebih kurang 20 minit, mak akan jenguk ke meter kelajuan kereta. Mak mulalah tegur “Haih laju tue Mujahid, slow-slow bawa kereta itu. Pengalaman tidak banyak, lainlah kalau abah kamu yang bawa”. “Owh, ye ke? Ingatkan baru 60 km/sejam je tadi, rupanya sudah 120. Kereta ini tidak rasa sangat kalau bawa laju mak, tue yang tidak perasan tue….hehe” jawabku sambil tersengih. Oleh sebab itu, setiap kali bawa kereta masa mak ada, hati ini selalu meronta “Mak cepatlah tidur, nak bawa laju nie”. Kalau abah pula dia jenis tidak kisah, selagi tidak kena saman. “Kalau kena saman bayar sendiri le, abang kamu dahlah pernah buat land speed record pakai Myvi, 1111 km/sejam mengikut surat saman polis tue”. Dengar macam itu sahaja terus bawa kereta mengikut had laju dibenarkan.
Sampai sahaja di kampung, setelah bersalaman dengan atuk dan opah terus bersiap-siap untuk pergi ke kebun kelapa sawit. Di kebun, mula buat kerja masing-masing. Tebas semak, buang pokok-pokok menjalar naik kelapa sawit untuk mengelakkan persaingan, susun pelepah kelapa yang gugur di bawah pokok kelapa sawit untuk jadi baja semula jadi pada pokok. Sudah siap buat kerja tersebut, barulah mula mengait kelapa sawit untuk dijual kepada peraih. Setelah bekerja dalam 2 jam,kami berhenti sekejap untuk sarapan pagi. Memang sangat best bila sudah penat membanting tulang dapat pula pekena teh tarik dan nasi lemak yang kami beli dalam perjalanan pergi tadi dari rumah atuk. Kalau rehat tengah hari pula dapat pula makan ikan bakar cicah dengan asam, gulai tempoyak dan air sirap. Perghh, mantap. Kebun itu riuh dengan gelak ketawa kami sekeluarga. Aku sangat sukakan kehidupan kampung, bekerja di kebun, walaupun letih bekerja tapi tiada apa-apa tekanan pun, berbeza pula dengan kehidupan di bandar. Kalau atuk pula, selepas bekerja di kebun, duduk di kedai kopi bersembang dengan rakan seusia dengannya. Patutlah orang kampung dapat hidup lebih lama, tekanan boleh dikatakan hampir tiada dan kehidupan memang sangat tenang.
Apabila berfikir semula, terasa seolah masa berlalu sangat pantas. 3 tahun lepas seolah-olah merasakan baru hari semalam. Sama juga ketika duduk di dewan untuk menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, SACE (South Australian Certificate of Education) dan terbaru adalah peperiksaan university untuk pelajar tahun ketiga di bawah fakulti Chemical Engineering. Tiga minggu yang lepas sangat berbeza dengan hari ini. Minggu di mana bermulanya Swot Vac, semua pelajar yang mengambil subjek yang ada exam mulalah sibuk mengulang kaji, melihat kembali tutorial, nota kuliah, dan rakaman video kuliah. Persaingan ketika ini memang sangat sengit, boleh diumpamakan seperti pokok yang menjalar tadi. Kalau kalah akan mati, jika menang terus tumbuh subur dan bersaing dalam medan lain pula. Melihat dari segi konteks peperiksaan pula, kalau kalah akan gagal. Jika menang dalam persaingan ini, akan hidup dalam medan yang lebih mencabar dalam pekerjaan yang telah berjaya dikuasai.
Sewaktu musim peperiksaan masa sangat berharga bagi kita, 5 minit, setengah jam, 2 jam terasa sangat cepat berlalu. Mulalah rasa nervous, rasa takut sebab tidak habis baca nota kuliah, tidak sempat membuat soalan past years, sedar-sedar esok sudah exam. Ada sesetengah di antara kita menunggu di akhir waktu untuk solat supaya boleh sambung solat dengan waktu selepasnya, ada terlupa giliran untuk memasak, buang sampah, ahli rumah seperti dikatakan orang asing sebab jarang menegur atau meluangkan masa sepenuhnya di university untuk belajar. Namun demikian, ada juga yang berubah menjadi lebih baik, menambah ibadah, membanyakkan bacaan Al-Quran, selalu bangun qiam, banyak luangkan masa di masjid.
Apabila sudah habis exam, ramai yang tidak tahu mahu buat apa semasa cuti. Mulalah ‘membalas dendam’ dengan tekanan sebelum dan semasa exam dengan menonton filem, bermain games di computer, tidur sampai tengah hari, dan lain-lain lagi. Seolah-olah masa sudah tiada nilai untuk dirinya. Bagi yang menambah ibadah semasa musim peperiksaan, ibadahnya menjadi biasa sahaja seperti sebelumnya.
Tidak salah untuk berhibur seperti menonton filem dan membuat perkara sewaktu dengannya semasa cuti, tetapi elakkan melakukannya secara berlebihan. Untuk golongan kedua tadi, memang diakui bahawa ibadah manusia adalah turun naik, mengikut kepada kemampuan dan ujian yang Allah S.W.T. turunkan kepadanya, tetapi ibadah yang lebih baik ialah ibadah yang di dalamnya ada istiqamah, ikhlas bukan kerana exam, tetapi jelas dan tulus kepada Allah S.W.T. Ibadah seperti inilah lebih baik di sisi Allah S.W.T.
Bagi yang pulang ke Malaysia, ambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga. Membantu ibu di dapur, membasuh kereta ayah, mencuci pakaian, dan mengemas rumah, menjaga adik kecil adalah perkara yang sepatutnya dilakukan apabila berada di rumah. Memang kadang-kadang ibu bapa tidak suruh buat atau mereka suruh berehat sahaja di rumah, tetapi sebagai seorang anak ambil peluang ini untuk membantu mereka. Bersembang dengan ibu bapa, tanya khabar saudara mara, telefon atau melawat atuk di kampung untuk mengetahui keadaannya. Kalau ada ibu yang jenis suka bercakap, dengar sahaja dan sesekali senyum. Sesekali buat lawak mengikut kesesuaian masa dan suasana. Pasti ini akan menyukakan hati ibu sebab rindu dengan anak yang duduk jauh dan jarang bercakap secara bersemuka.Kalau ada ayah atau ibu yang sakit di rumah, berebut untuk menjaga mereka. Anggap mereka ini sebagai sumber untuk mendapat pahala, redhanya hati ibu dan ayah pasti akan membantu kehidupan di dunia, malah di akhirat kelak. Perlu kita sebagai pelajar untuk buat perkara seperti ini selagi ada orang tua itu ada, bila sudah ada pekerjaan dan ada anak nanti susah untuk melakukan perkara ini. Mungkin juga kita hanya dapat jumpa ibu bapa sekali sebulan atau mungkin setahun sekali, jadi selagi kita ada masa luangkan sebaik-bainya dengan ibu bapa kita. Jadi apabila tiba masa untuk memulakan tahun baru di universiti, tanggungjawab sebagai seorang anak sudah hampir selesai, seolah-olah tiada apa-apa lagi ‘hutang’ kepada orang tua kita.
Perkara yang paling dekat bagi manusia adalah kematian, walaupun orang itu masih muda, walaupun masih sihat walafiat, walaupun memiliki harta benda yang banyak, kerana mati itu adalah pasti. Jadi dengan masa dan kemampuan yang ada, manfaatkan dengan sebaiknya untuk menjadi hamba yang terbaik di sisi-Nya, supaya bukan sahaja memiliki kebahagiaan dunia, malah di akhirat kelak. Itulah matlamat yang sejati.
Sekian, sampai di sinilah penulisan ini. Akhir kata, selamat bermujahadah.
Maksudnya: Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian,  kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (Surah Al-Asr, Ayat 1-3)

Teruslah tsabat ya akhi, ya ukhti

Berjalan-jalan di Rundle Mall ini merupakan aktiviti yg sangat santai, terutama ketika cuti. Melihat ragam manusia yg berbeza, makan-makan, membaca, dan ada yang membawa keluarga dan anak-anak kecil ke sini utk bersiar-siar kerana cuti sekolah yang masih belum habis. Seronok melihat anak-anak yang comel kecil ini berlari terkedek-kedek kerana cuba mengejar langkah ibu bapa yg berada di hadapan.

Anak Sedara, muka anak sedara lelaki lebih kurang sama dgn afa masa kecil 🙂

Namun begitu, bagi seorang pelajar di Uni Adelaide…cuti bukanlah masa yang boleh diluangkan sepenuhnya utk bersantai sepanjang masa, tambah2 lagi bila cuti nak habis. Mulalah kelam kabut dengan assignment, projek, thesis dan lain2. Tambahan lagi dengan exam yang lebih kurang dalam tiga minggu lagi, ramai yang mula datang ke uni utk menyiapkan tugasan masing2 termasuklah diri ini.

Jangan kacau, nk study nie

Pergi ke Rundle Mall bukanlah untuk bersantai tapi cuba mencari kedai2 makan yg halal utk memenuhkan perut yang mula berbunyi. Tapi perjalanan yang selalu lama dirasakan sekejap disebabkan terlalu banyak perkara yang bermain di minda inie.

Antara perkara yang difikirkan ialah keluarga di Malaysia, saudara yang telah pergi jauh menghadapa Ilahi, pelajaran dan lain-lain. Sampai pada suatu tahap, terasa serabut juga sebab banyak sangat urusan yg x selesai lagi.

Bila fikir2 semula, sewaktu kecil dahulu kehidupan diri ini memang sangat senang. Tiada penyakit, boleh berjalan dengan cepat, dan semua permintaan hampir semuanya dapat dipenuhi oleh mak dan abah yang sangat penyayang. Kalau nk kata x pernah cedera x juga, pernah tp disebabkan terlalu nakal masa kecil (naik basikal turun bukit sambil lepas tangan,…. main lompat2 poom… masuk longkang,…… main kejar2 dgn kawan sampai tergolek tepi kelas). Kalau imbas balik memang lawak juga kehidupan masa kecil nie. Sampai sekarang nie pun, alhamdulillah semua ok dari segi keluarga, kesihatan dan kewangan. Setiap kali bersembang dgn mak melalui telefon, mak selalu cakap macam nie “Afa cukup duit ke? Kalau x cukup beritahu kt mak, nnt abah transferkan”.  Memang murah rezeki la orang cakap, setiap kali rasa mcm nie nk sujud syukur je 🙂

Gambar Keluarga pergi Hatyai, Thailand

Namun demikian, menetap di Adelaide nie banyak mengajarku erti kehidupan sebenar melalui kaca mata seorang dai’e. Memikirkan diri nie ada banyak masalah, dari segi pelajaran, masa depan sanak sedara dan lain. Tetapi di luar sana, sahabat perjuangan menghadapi ujian Allah yang lebih besar lagi. Ada yang menghidap diabetis, ada yang ayahnya sudah tiada, ada yang ayahnya  penyakit strok, ada yang menghadapi masalah pelajaran sehingga terpaksa menyambung pelajaran menggunakan wang KWSP ayahnya. Namun riak2 muka sahabat ini langsung tidak menunjukkan masalah yang dihadapi malah terus ceria meneruskan kehidupan seperti biasa. Mereka sanggup berkorban apa sahaja termasuk wang, masa dan keringat utk mengajak rakan2 yang lain untuk menjadi hamba Allah S.W.T. yang sebenar. Dalam mujahadah itu, Allah S.W.T. uji lagi sesuatu, duit habis, kereta rosak, dan ada yang tidak terkesan dengan ajakan ke arah mendekati dan mengenali agama ini. Rasa sungguh sebak bila mereka berkongsi pengalaman kehidupan mereka pada diri ini.

Bagi diriku ini, aku memandang sahabat-sahabat dengan penuh rasa hormat. Hormat kerana memiliki semangat juang yang sungguh tinggi utk berdakwah, yang mereka sendiri tidak tahu keberkesan akan juang dakwah ini pada orang sekeliling. Namun, atas rasa tanggungjawab mereka teruskan perjuangan ini tanpa rasa jemu.

Refleksi diri ini balik, banyak perkara yang diabaikan dalam kehidupan ini berbanding dengan rezeki yang diberi Allah S.W.T. Digelar sebagai khalifah muka bumi ini, namun sikap tidak langsung menujukkan peribadi pemimpin. Masih berlengah-lengah mengulangkaji pelajran, membuang masa fb, bersembang dengan perkara yang tidak bermanfaat, tidur yang berlebihan, selalu menyakitkan hati orang lain.

Memang manusia ini dijadikan tidak sempurna, tetapi sentiasa perlu berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Firman Allah S.W.T.

8:53

Al Anfaal : 53

Maksudnya: yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Jadi, sebelum mengakhiri penulisan ini… pesanan utk diri ini dan sahabat

Teruslah tsabat ya akhi, ya ukhti 🙂 

(Computer Science Lab, Engineering Mathematics Building, Uni Adelaide)